Sejarah Penubuhan SKOMK

Pada tahun 1923 dari usaha pegawai kerjasama daerah HIlir Perak, En.Tahir bin Setia Raja telah menubuhkan Syarikat Pekerja-Pekerja Kerajaan HIlir Perak, ianya mendapat sokongan Pegawai Daerah Hilir Perak masa itu Mr. M.K.Bain. Pegawai daerah masa itu menjawat jawatan Yang Dipertua (ex Officio). Naib Yang Dipertua adalah Tuan Penolong Kanan Pegawai Daerah. Ianya dibantu oleh AJK yang dipilih dalam mesyuarat agong tahunan.
Kedua-dua perkara ini berjalan seiring. Pada peringkat awal penubuhan SKOMK tahun 1924, seramai 150 orang dengan modal cuma beberapa ribu ringgit sahaja dari yuran ahli. Mengikut rekod yang ada, yuran sehingga tahun 1939 adalah sebanyak RM55,645.29.
Pada tahun 1924, nama koperasi ditukarkan ke Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad atau nama ringkasnya SOMKHPSKJCSSDPWDTB yang telah dicatatkan namanya dalam Buku Guiness of Record sebagai nama ringkas yang terpanjang.